Friday, June 29, 2012

APa ItU MinYAk kELapA dARa.....???

Kepada yang belum pernah atau kali pertama mendengarnya mesti tertanya-tanya apa agaknya Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (dalam BI)?

Dari mana pula asal-usulnya minyak ini?

Selain itu, anda juga mesti berfikir, bagaimana minyak ini diproses dan bagai mana lah bentuk minyak ini? Adakah ia berbentuk cecair atau pun tablet.

Kadang-kadang timbul juga pertanyaan nakal apa yang menyebabkan minyak ini dipanggi 'dara' dan mengapa ia dipanggil dengan panggilan sebegitu. Dan soalan demi persoalan timbul tanpa jawapan yang dapat dirungkaikan. Di sini, insya'Allah saya akan terangkan serba sedikit mengenai asal-usul MINYAK KELAPA DARA. ~_~

Minyak Kelapa Dara atau nama singkatannya VCO (Virgin Coconut Oil) telah lama digunakan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi untuk tujuan kesihatan mahu pun kecantikan terutamanya para wanita tidak kurang juga lelaki. Minyak Kelapa Dara ini mempunyai banyak manfaat dan mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga mendapat jolokan minyak terbaik didunia - dipetik daripada DR. BRUCE FIFE DIRECTOR OF COCONUT RESEARCH CENTRE OF AMERICA.

Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang dihasilkan tanpa menjalani proses pemanasan (haba) dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia lain seperti bahan pewarna dan MSG. Struktur asal yang terdapat di dalam minyak kelapa ini akan dikekalkan seasli-aslinya. Berbeza dengan minyak kelapa biasa lain di mana haba dan bahan kimia digunakan sewaktu memprosesnya dan mengakibatkan struktur kimia asal dalamannya berubah. Kesannya, ia membawa kemudaratan kepada manusia apabila menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Minyak Kelapa Dara ini menyimpan pelbagai khasiat yang kebanyakannya masih tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara BARAT sejak awal tahun 1930-an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil minyak tepu (saturated oil) dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia.

Selama 40 tahun kempen menentang penggunaan minyak kelapa adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia semasa proses pembuatannya dan bukan ditujukan kepda Minyak Kelapa Dara. Minyak Kelapa Dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersial dan besar-besaran.

Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang dihasilkan tanpa melalui proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia sebagaimana proses yang digunakan oleh minyak kelapa biasa. Sebelum terhasilnya minyak kelapa dara ini, beberapa proses perlu dituruti. Kelapa tua perlu dipilih dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan bau kelapa yang busuk bercampur dengan yang baik. Kemudian, kelapa perlu diparut dengan berhati-hati. Kelapa yang diparut kemudian dimasukkan ke dalam mesin tekanan bagi mengeluarkan cecair yang pekat. Cecair ini kemudiannya melalui beberapa peringkat penapisan sehinggalah terbitnya minyak kelapa dara yang putih dan jernih seperti kristal serta bau yang menyenangkan.

Disebabkan tiada proses pemanasan dan bahan kimia tidak digunakan dalam proses penyediaan minyak kelapa dara, maka unsur-unsur baik yang ada di dalam minyak ini dapat dikekalkan serta tidak mengalami kerosakan. Unsur-unsur yang ada di dalam minyak ini sangat penting dalam nilai perubatan dan kesihatan. Oleh itu, khasiat serta 'keperawanan' minyak kelapa ini dapat dipertahankan.

Proses pembuatan yang telah disebutkan di atas adalah sebab mengapa minyak ini dipanggil Minyak Kelapa Dara. 

PerTaNYaAn dAN JAwAPaN

Bagaimana minyak kelapa dara digunakan....???

Ada pelbagai cara untuk menggunakan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara akan berada dalam keadaan beku pada 76 darjah Farenheit atau 24.44 darjah celcius dan dalam bentuk cecair pada suhu selepasnya. Dalam bentuk beku, ia boleh digunakan seperti mentega manakala dalam bentuk cecair boleh dijadikan minuman atau dicampur dengan dan sebagainya.Kebiasaannya, pengguna akan meminumnya secara terus untuk mendapatkan khasiatnya. Pada peringkat permulaan, pengguna baru boleh mulakan dengan ½ ke 1 sudu besar setiap hari. Dr Mary Enig, seorang pakar dan pengguna minyak kelapa dara mengesyorkan 3½ sudu besar setiap hari untuk mendapatkat khasiat yang optimum. Kadar ini adalah sama dengan bilangan asid lemak rantai sederhana ('Mediumchain fatty acids'-MCFA) yang diambil oleh bayi melalui susu ibu setiap hari.

Bolehkah ia digunakan untuk memasak....???

Minyak kelapa memang sesuai digunakan untuk memasak kerana ia tidak mudah terbakar. Walaupun dipanaskan, struktur kimianya masih tidak berubah dan tidak mudah bertukar ke 'trans fatty acid' seperti yang berlaku kepada minyak sayur.

Bolehkah digunakan ke atas kulit....???

Semestinya boleh. Minyak kelapa dara amat terkenal dengan kebaikkannya untuk meningkatkan pertumbuhan sel kulit. Ianya boleh digunakan terus ke atas kulit untuk mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit. Selain itu,, ia boleh melembab dan melembutkan kulit serta menjadikan kulit lebih licin. Minyak kelapa dara memberi kesan positif terhadap psoriasis, kudis, luka, jerawat dan pelbagai penyakit kulit. Ia juga amat baik untuk rambut. Kesannya ia menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan risiko kelemumur.

Siapakah yang perlu mengambil produk ini....???

Minyak kelapa dara ini sesuai diambil oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, sama ada kanak-kanak, remaja atau pun orang tua.

Adakah minyak kelapa dara akan meningkatkan berat badan....???

Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak rantai sederhana ('Mediumchain fatty acids'-MCFA) atau tryglicerides. MCFA adalah mudah dihadam dan ia akan ditukarkan segera ke dalam badan sebagai sumber tenaga. Ini bermaksud minyak kelapa dara tidak menghasilkan lemak dan kolestrol. lemak larut yang terkandung di dalam minyak kelapa dara adalah baik untuk kesihatan badan. 

Minyak kelapa sebelum ini dilihat sebagai tidak sihat. Mengapa tiba-tiba disyorkan untuk digunakan sekarang ini....???

Persepsi bahawa minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan ditujukan pada minyak kelapa biasa yang telah bercampur dengan bahan-bahan kimia yang lain, bukan ditujukan pada minyak kelapa dara. Pelbagai kajian saintifik yang dilakukan oleh pakar sains. Penemuan terkini menunjukkan bahawa minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang tinggi (juga hadir dalam susu ibu) yang sangat bermanfaat dalam serangan virus, bakteria, dan lain-lain patogen. Bahan antimikrob boleh digunakan untuk melawan pelbagai penyakit termasuk HIV yang boleh menyebabkan AIDS  seterusnya membawa maut.

Adakah selamat ibu yang mengandung mengambil minyak kelapa dara....???

Minyak kelapa dara adalah 100% organik dan tidak menggunakan bahan kimia. Minyak kelapa dara dihasilkan menggunakan isi kelapa segar dengan kaedah yang selamat seperti tidak melibatkan sebarang bahan kimia, tidak melalui suhu yang tinggi dan penghidrojenan. Proses ini dilakukan untuk mendapatkan minyak kelapa dara dengan kualiti yang terbaik. 

KeBAiKan & kHAsIAt

 Khasiat luaran:

  1. Berupaya menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolism badan. 
  2. Membakar dan mengurangkan kolestrol dalam badan.
  3. Menghasilkan tenaga segera.
  4. Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  5. Mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
  6. Melembab dan melembutkan kulit.
  7. Meningkatkan pertumbuhan sel kulit
  8. Melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari

CaRA tEmpAhAN dAn PeSAnAN

 Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_B5LuRrgTLH9et9dmj82RiX6lOIsDOPu33QQRwe8KA5eGqLyj9Zsm2Npmt2srI2UG9wn2-EoUR1_b3IxzFRYqILxsDRSaSpzdTRRRZjzl6T3KEeRntnHEbI-M39fpTuyY0hKlmpB810O6/s320/kelapa-dara.jpg

HARGA : HANYA RM20.00 (SEBOTOL) SAHAJA!!!!!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!!!


CARA TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN :

1. Untuk tempahan, sila SMS nama, nombor kad pengenalan, alamat yang perlu dihantar, nombor telefon untuk dihubungi, kuantiti minyak kelapa dara, ke talian 013-6333491.

Contoh : Nama*nombor kad pengenalan*alamat*nombor telefon*kuantiti* ke 013-6333491

2. Sila buat pembayaran selepas membuat pesanan. Setelah pembayaran dibuat, sila SMS nama, nombor kad pengenalan, kuantiti minyak kelapa dara, tarikh pembayaran dibuat beserta waktu (untuk memastikan bayaran telah dibuat) ke talian 013-6333491.

Contoh : Nama*nombor kad pengenalan*kuantiti*tarikh bayaran*waktu bayaran* ke 013-6333491

3. Minyak kelapa dara ini akan dihantar (pos) setelah bayaran dibuat.

4. Inysa'Allah, sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, minyak kelapa dara anda akan sampai dalam masa   2-3 hari dari tarikh pembayaran dibuat. 

BAYARAN BOLEH DIBUAT KE AKAUN SAYA SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH : 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2yFMj9f2PwPJEc-L9PKyICZG2ENeLDeKGMzRwAnn29b_HgyMt-XuYT6Jm0_FS7fuZorUHiE3HlAYa299XybxAotV2sk4lgVHAUavnEmsAg2H4avZDn5r79yjyiHJNK0c0A9Zv_oQY8G6K/s400/maybank2u.gif

Nombor Akaun : 101468-163205

Nama : MUHAMMAD AMINUDDIN ANWAR

BIN ALI



Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUjxse55gDhPedlsVnsQUHC6RUkqXZaFXmysv3JcVjNV2VKM_8_OqUqRyRvyMy4JokYLb-OXEgILBuBiSklRKFXuTv2jDnzt6DGWkoAuxm9c3_0FUFGf7tlpIASBDzjUYQskI7j8vNsFBv/s400/CIMB.bmp

No Akaun: 0105-0117281-52-2
Nama: MUHAMMAD AMINUDDIN


SEBARANG PEMBELIAN AKAN DIBUAT SECARA POS : 

LEBIH 10 BOTOL : PERCUMA!!!!!!
KURANG 10 BOTOL : BERGANTUNG PADA BILANGAN

PERLUKAN LEBIH BANYAK MAKLUMAT???

HUBUNGI TALIAN DI BAWAH INI, KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA……..

AMINUDDIN ANWAR (GOMBAK):
013-6333491


ATAU PUN BOLEH EMAIL KE:

anwar_bp91@yahoo.com