Bagaimana minyak kelapa dara digunakan....???
Ada pelbagai cara untuk menggunakan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara akan berada dalam keadaan beku pada 76 darjah Farenheit atau 24.44 darjah celcius dan dalam bentuk cecair pada suhu selepasnya. Dalam bentuk beku, ia boleh digunakan seperti mentega manakala dalam bentuk cecair boleh dijadikan minuman atau dicampur dengan dan sebagainya.Kebiasaannya, pengguna akan meminumnya secara terus untuk mendapatkan khasiatnya. Pada peringkat permulaan, pengguna baru boleh mulakan dengan ½ ke 1 sudu besar setiap hari. Dr Mary Enig, seorang pakar dan pengguna minyak kelapa dara mengesyorkan 3½ sudu besar setiap hari untuk mendapatkat khasiat yang optimum. Kadar ini adalah sama dengan bilangan asid lemak rantai sederhana ('Mediumchain fatty acids'-MCFA) yang diambil oleh bayi melalui susu ibu setiap hari.
Bolehkah ia digunakan untuk memasak....???
Minyak kelapa memang sesuai digunakan untuk memasak kerana ia tidak mudah terbakar. Walaupun dipanaskan, struktur kimianya masih tidak berubah dan tidak mudah bertukar ke 'trans fatty acid' seperti yang berlaku kepada minyak sayur.
Bolehkah digunakan ke atas kulit....???
Semestinya boleh. Minyak kelapa dara amat terkenal dengan kebaikkannya untuk meningkatkan pertumbuhan sel kulit. Ianya boleh digunakan terus ke atas kulit untuk mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit. Selain itu,, ia boleh melembab dan melembutkan kulit serta menjadikan kulit lebih licin. Minyak kelapa dara memberi kesan positif terhadap psoriasis, kudis, luka, jerawat dan pelbagai penyakit kulit. Ia juga amat baik untuk rambut. Kesannya ia menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan risiko kelemumur.
Siapakah yang perlu mengambil produk ini....???
Minyak kelapa dara ini sesuai diambil oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, sama ada kanak-kanak, remaja atau pun orang tua.
Adakah minyak kelapa dara akan meningkatkan berat badan....???
Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak rantai sederhana ('Mediumchain fatty acids'-MCFA) atau tryglicerides. MCFA adalah mudah dihadam dan ia akan ditukarkan segera ke dalam badan sebagai sumber tenaga. Ini bermaksud minyak kelapa dara tidak menghasilkan lemak dan kolestrol. lemak larut yang terkandung di dalam minyak kelapa dara adalah baik untuk kesihatan badan.
Minyak kelapa sebelum ini dilihat sebagai tidak sihat. Mengapa tiba-tiba disyorkan untuk digunakan sekarang ini....???
Persepsi bahawa minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan ditujukan pada minyak kelapa biasa yang telah bercampur dengan bahan-bahan kimia yang lain, bukan ditujukan pada minyak kelapa dara. Pelbagai kajian saintifik yang dilakukan oleh pakar sains. Penemuan terkini menunjukkan bahawa minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang tinggi (juga hadir dalam susu ibu) yang sangat bermanfaat dalam serangan virus, bakteria, dan lain-lain patogen. Bahan antimikrob boleh digunakan untuk melawan pelbagai penyakit termasuk HIV yang boleh menyebabkan AIDS seterusnya membawa maut.
Adakah selamat ibu yang mengandung mengambil minyak kelapa dara....???
Minyak kelapa dara adalah 100% organik dan tidak menggunakan bahan kimia. Minyak kelapa dara dihasilkan menggunakan isi kelapa segar dengan kaedah yang selamat seperti tidak melibatkan sebarang bahan kimia, tidak melalui suhu yang tinggi dan penghidrojenan. Proses ini dilakukan untuk mendapatkan minyak kelapa dara dengan kualiti yang terbaik.
No comments:
Post a Comment